Monday, July 14, 2008

Tips Untuk Berjaya

Anda pernah membaca buku bertajuk "7 habits of Highly Effective People"?oleh Stephen Covey. Saya sangat teruja bila pertama kali membaca buku tersbut pada tahun 1993. Antara sifat yang saya sangat gemar ialah "put yourself into other people's shoe". Sifat ini mengajar kita memahami orang lain untuk menjadikan kita seorang yang berjaya.

Pelikkan? Tapi cuba anda fikirkan. Kita beri contoh mudah, kita memberi peringatan kepada orang supaya berjaga-jaga supaya tidak berlaku kecelakaan kepada orang yang kita perihatin tanpa apa-apa sebarang bayaran atau meminta upah. Apa kesannya, orang di beri peringatan itu akan lebih berhati-hati dan sekiranya dia seorang peniaga, dia akan mendapat kesan dimana kerugian dapat dielakkan. Sifat ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada orang yang diberi peringatan malah orang memberi peringatan itu juga mendapat balasan pahala. Maka wujud sifat "win, win situation" which we will discuss in other session. Dan sekiranya si penerima peringatan mendapati sedikit kesilapan, dia juga berhak membetulkannya dengan syarat hati mesti terbuka untuk membetulkan kesilapan dan pihak ditegur perlu menerima untuk kebaikannnya. Jangan campak batu, tangan simpan dibelakang.

No comments: